in

Guna Jejantas Motosikal, Kereta Ini Tersekat Di Atas ‘Overpass’

f3 kereta naik overpass motosikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kereta di Thailand baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai terutamanya netizen di negara itu apabila pemandunya tersalah masuk laluan overpass (jejantas untuk motosikal) sehingga menyebabkan kereta tersebut tersekat.

Memetik laporan The Smart Local, gambar kereta itu tersekat di atas laluan jejantas motosikal itu telah tular setelah kejadian itu sempat dilihat dan dirakam oleh penduduk sekitar sebelum ia dimuat naik di media sosial.


12

Difahamkan, kereta jenis sedan itu cuba naik ke atas jejantas itu untuk membuat pusingan U sedangkan di laluan masuk overpass sudah disediakan papan tanda jalan bahaw ia hanya boleh dilalui oleh motosikal sahaja.

Nasib baik kereta itu berjaya keluar daripada jejantas sempit itu namun bahagian depan kereta rosak sehingga menyebabkan bumper hampir tercabut.

11 1

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pemandu itu kerana ramai yang kata agak mustahil untuk dia tak perasan kewujudan papan tanda jalan yang diletakkan di laluan masuk itu.

Ada warganet yang berpendapat mungkin dia sengaja nak lalu jejantas motosikal itu supaya cepat sampai ke destinasinya.

Namun, kejadian seumpama ini bukanlah sesuatu yang sangat asing sebab di Malaysia juga, kejadian yang lebih kurang sama berlaku di Kedah tahun lalu apabila pemandu kereta Bezza telah tersalah memasuki jejantas motosikal, lapor Kosmo.

Sumber: The Smart Local

Baca: Tular Video Budak Main Simulator Dikaitkan Dengan Kes Budak Bawa Kereta, Rupanya…

budak main simulator kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.