in

Graduan Ditangkap Khalwat 3 Hari Sebelum Konvokesyen, Dakwa Terlalu Penat Lepas Ambil Jubah

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang graduan institusi pengajian tinggi (IPT) ditangkap khalwat bersama pasangannya di sebuah hotel, awal pagi tadi. Kejadian dilaporkan berlaku di Ujong Pasir, Melaka.


Pemuda berumur 22 tahun itu, dan kekasihnya berumur 26 tahun adalah antara enam pasangan yang ditangkap oleh pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi khalwat di sekitar Ujong Pasir.

Apabila ditanya oleh pihak berkuasa, pemuda berusia 22 tahun tersebut memberi alasan ingin berehat sebentar selepas penat melakukan urusan pengambilan jubah. Difahamkan, jubah tersebut diambil sempena majlis konvokesyen yang bakal berlangsung pada Selasa ini.

Menurut Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, pasangan tersebut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pernikahan, selain mengakui tiada ikatan yang sah.

“Ketika serbuan dilakukan, wanita itu telah membuka pintu bilik dan mendakwa kononnya menginap bersama rakan perempuan, namun apabila diperiksa terdapat seorang lelaki bersembunyi di bawah selimut dengan hanya memakai seluar pendek.

“Hasil soal siasat pasangan itu adalah kekasih dan si lelaki memberikan alasan bermalam di situ kerana penat mengambil jubah untuk majlis konvokesyen dijadualkan pada Selasa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi tamat pukul 4 pagi.

Selain itu, pihak JAIM turut menahan seorang wanita berstatus isteri orang berusia 37 tahun bersama seorang lelaki berusia 40 tahun.

Kredit: Utusan

BACA: Pelakon Tengah Nak ‘Up’ Ditangkap Khalwat Dengan Gadis Bawah Umur?

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.