Personaliti dan chef terkemuka Gordon Ramsay akan membuka restoran di Sunway Resort Jun ini. Ia merupakan cawangan kedua Gordon Ramsay Bar & Grill selepas cawangan pertamanya di Mayfair, London.
Menerusi laman rasmi Sunway Resort, restoran itu akan menyediakan bermacam-macam menu dari makanan ringan hinggalah ke hidangan istimewa Gordon Ramsay seperti Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.
Restoran ini akan terletak di lobi Sunway Resort dan akan menampilkan konsep dekorasi dalaman kontemporari yang ikonik, membangkitkan suasana yang kondusif, dan menyediakan ruang makan peribadi, yang menjadi panggung untuk sebarang acara .
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sunway Group kerana dapat mengembangkan konsep Gordon Ramsay Bar & Grill kami ke Malaysia, dan kami sangat berharap dapat berkongsi menu yang terbaik untuk tetamu tempatan dan antarabangsa pada tahun 2021.” Kata Ketua Pegawai Eksekutif Gordon Ramsay Restaurants, Andy Wenlock
Tempahan boleh dibuat mulai sekarang, untuk Jun 2021 nanti, anda yang menginap di suite khusus Sunway Resort akan mendapat sarapan setiap hari di sini, ia akan termasuk dalam harga pakej penginapan.