Antara kawan-kawan kita ni, mesti ada beberapa orang yang nama dia panjang dan susah korang nak eja, betul tak?
Namun nama seorang gadis macam yang min nak kongsi kali ini, mesti korang takkan sangka betapa ‘uniknya’ nama dia.
Ingat nama betul Nabila
Beberapa hari yang lalu, viral di Twitter apabila sekeping gambar menunjukkan lesen kenderaan seorang wanita ini menjadi bualan ramai.
Menerusi perkongsian oleh @mayom__, dia sendiri terkejut bila dapat tahu nama sebenar rakannya itu. Hal ini kerana, rakannya tersebut sering disapa sebagai Belle, dan dia sangkakan nama penuhnya ialah Nabila. Rupa-rupanya bila ditengok pada lesen kenderaan wanita berkenaan….
Haaa nah ni sebut la korang aku suruh dia ulang 10 kali pun aku tak boleh sebut ???? pic.twitter.com/vSjfc9WPqG
— baby. (@mayom____) July 25, 2021
Ya nampakkan, unik betul namanya.
Adik-beradik nama sama
Selain namanya yang unik, Belle juga merupakan bekas pramugari Malaysia Airlines dan dia sering dapat persoalan terhadap asal usul namanya itu. Tambahnya, idea namanya ni datang daripada ayahnya, Ibadallah Kandar, 62, yang turut menamakan tujuh adik-beradiknya dengan nama bermula ‘Badjie X…’.
Ini adalah nama adik-beradiknya :
- Badjie Xietaqieullah
- Badjie Xbietaquauallah
- Badjie Xatieqieullah
- Badjie Xatieqoutieqc (Belle sendiri)
- Badjie Xaebcourieyiean
- Badjie Xieslammillatiena
- Badjie Xwattaquoallah
“Nama ‘Badjie’ adalah gabungan nama kedua orang tua saya sebagai menggantikan nama ‘Raden’ yang dulunya diwarisi turun temurun daripada nenek moyang kami (Jawa Sunda).
“Memang kedengaran pelik, tapi itulah pendirian bapa saya yang mempunyai cita rasa unik dalam memilih nama anak-anaknya agar lain daripada yang lain,” katanya menurut Harian Metro.
Menurut anak keempat daripada tujuh beradik itu juga, setiap nama mereka jika disebut dengan betul ia membawa maksud bertakwa kepada Allah SWT.
Pada mulanya, dia mahu orang ramai untuk memanggilnya dengan nama ‘Xatieqoutieqc’, tapi sedar ia agak susah untuk orang lain sebut. Jadinya, dia memilih untuk orang memanggilnya ‘Belle’.
“Dalam soal nama kami ini, bapa seolah-olah menggunakan ‘kod rahsia’ dalam menyuruh kami adik-beradik agar sentiasa bertakwa kepada-Nya,” katanya.
“Panggil saja saya Belle kerana ia juga membawa maksud yang baik. Kalau ikutkan saya nak orang panggil Xatieqoutieqc tapi akan jadi susah.
“Jadi, cukuplah Belle supaya mereka doakan saya yang baik-baik, saya pun tak buat orang susah nak panggil saya,” tambahnya.
Sebagai tambahan, wanita berasal daripada Klang Selangor, itu kini menjadi anggota sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, Selangor.
Out of the box betul idea ayahnya nak bagi nama dekat anak-anak. Power!
Baca : “Nama pendek panggil Faqeu” – Berbelit Lidah Netizen Nak Sebut Nama Penuh Anak Yang Panjang Lebar Ni