in

“Go out, ini Malaysia!” – [VIDEO] Kaki Atas Kepala Kerusi, Pelancong Arab Biadap Dihalau Pemandu Bas

ft pelancong arab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah dua tahun sempadan negara ditutup, setelah ia dibuka semula semakin ramai pelancong dari negara lain yang datang ke negara kita.

Namun sebagai pelancong, kita mestilah menjaga adab dan tatasusila semasa berada di negara orang, tak kira pun apa pangkat  kerana adab dan budi bahasa melambangkan perwatakan seseorang individu tersebut.


Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang pelancong lelaki yang dipercayai berasal dari negara Arab telah dihalau oleh seorang pemandu bas tempatan kerana dikatakan berkelakuan biadap.

https://www.tiktok.com/@rico_sibarani/video/7186049665127730458?is_from_webapp=v1&item_id=7186049665127730458

Video yang tular itu telah mendapat 1.2 juta tontonan dan 44.1 ribu likes dalam masa tiga hari di laman sosial TikTok itu.

Menerusi video tersebut, dapat dilhat seorang pemandu bas sedang bertugas membawa sekumpulan pelancong ke detinasi yang dituju.

Kelihatan seorang pelancong yang dipercayai berbangsa Arab dianggap biadap apabila meletakkan kakinya di atas kepala kerusi bas di tempat duduk hadapannya.

Isu tersebut secara tidak langsung telah membuatkan penumpang lain berasa kurang senang setelah pemandu bas tersebut menegur tindakan lelaki tersebut, namun situasi menjadi tegang apabila individu tersebut tiba-tiba naik angin sebelum mengeluarkan kata-kata kesat.

@selalu_siap90

intinya di video ini yg salah pelancong dari Timur Tengah itu yg telah buat gaduh suasana.. tdk sopan pada driver bus.. wajar driver bus marah krn mmg harusny kita sopan di negara orang.. untunglah ad pelancong wanita asal Indonesia yg bisa menenangkan situasi krn dia bisa bahasa Inggris jg sdikit bahasa Melayu.. #Kita dukung driver Bus#dmna bumi d pijak disitu langit di junjung#pribahasa Indonesia

♬ suara asli – Rico – Rico_Sibarani

Oleh kerana sikap biadap pelancong tersebut, pemandu bas terbabit telah menghalaunya keluar namun seorang wanita dilihat sedang cuba menenangkan keadaan yang tegang itu sambil memberi isyarat supaya individu itu bersabar.

“Tak selamanya customer raja. He must respect us” – Netizen

Rata-rata warganet memuji sikap pemandu bas yang berani menyuarakan pendapatnya itu demi keselesaan penumpang lain.

Ada juga penumpang yang menyelar pelancong tersebut yang menyebabkan keadaan di dalam bas itu menjadi tegang disebabkan tindakannya yang tak bermoral.

Screenshot 2023 01 11 121726

Korang rasa betul tak tindakan pemandu bas tu?

Baca : [Video] Biadap! Tourist Bagi Rusa Makan Facemask, Tak Peduli Walau Staff Zoo Dah Larang

rusa3 758x400 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.