Vokalis kumpulan Screen yang terkenal dengan lagu Bila Cinta Didusta, Gmie atau nama sebenar, Hajmi Ibrahim telahpun bertemu penciptaNya awal pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di usia 50 tahun tepat pada jam 2:30 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Punca kematian adalah akibat penyakit buah pinggang berlubang. Menurut anaknya, Siti Hadirah, arwah ayahnya itu sudah menderita dengan penyakit tersebut selama dua tahun.
“Abah sebelum ni memang dah lama sakit dan kebelakangan ni, dia hilang selera makan” – Siti Hadirah
Sebelum dibawa ke HTAR, anaknya juga memberitahu bahawa ayahnya telah pengsan di rumah kerana kekurangan darah dan kembali stabil selepas dirawat serta sempat untuk buat panggilan video bersama keluarga.
Namun, menurut Astro Awani, doktor memaklumkan kepada mereka sekeluarga bahawa keadaan Gmie pada jam 1:30 pagi semakin kritikal sebelum meninggal dunia.
Gmie yang dikenali sebagai salah seorang penyanyi terbaik negara kerana kekuatan vokalnya menerusi kumpulannya Screen dengan lagu Bila Cinta Didusta dan semakin menempa nama selepas menyertai Gegar Vaganza Musim Ketiga pada 2016.
Tambah pengurus kepada Allahyarham Gmie, Fuad Syahrin Misbah berkata, Gmie memang tidak mahu memberitahu kepada umum tentang masalah kesihatannya kerana tidak mahu peminat serta rakan-rakan selebritinya risau dengan keadaannya.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Gmie Screen. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…
Baca: Remaja Meninggal Dunia Selepas Ternampak ‘Hantu’ Di Bentong