Hari anda murung? Ada sakit hati dengan sapa-sapa ke tu? Gaduh dengan awek ke, kucing tak layan korang ke, ataupun duit gaji dah nak habis bayar bil itu ini? Mungkin lepas dengar mamat sorang ni nyanyi hari korang akan lebih ceria. Ataupun akan mengukirkan senyuman dekat wajah korang.
Video berdurasi 30 saat yang dikongsi oleh pemilik Twitter @hanifDaslepzz ini menunjukan rakaman sekumpulan remaja yang cuba buat cover sebuah lagu. Cuba korang dengar dan tengok sendiri lah.
https://twitter.com/hanifDaslepzz/status/1123480718884077568
Aku nyanyi lagi sedap
Ya itu lah yang kami rasa bila video ni lalu dekat timeline. Hilang lah sekejap kemurungan di hati . boleh lah senyum sikit. Pastu reflect sikit diri, bapak confident doh mamat ni nyanyi macam tu
Terima kasih kerana menghiburkan kami. Aduh terbahak gelak dengar suara dia. Yang member lagi dua orang tu boleh relaks macam takda apa-apa. Tapi lepas habis record tu mesti pecah perut gak tu.
Tak baik doh cakap macam tu. At least dia ada confident untuk tunjuk bakat dia. Ish tapi kalau macam ni lah gayanya orang nak dodoi untuk tidur, memang suruh dia diam lagi bagus. Simpan sikit ‘bakat’ tu bagi anak cucu dengar pulak.
Betul, ujian menahan gelak. Sampai habis senyum dah tu. Yang main keyboard tu lagi terus tunduk. Bagus betul jaga hati member. Kalau orang lain tu biasanya dah kena bahan kaw-kaw dah tu. Tak payah tunggu habis lagu, terus bahan je.
Bagus lah kan. At least ada juga something positive yang mamat ni bagi dekat kita. Hilang terus rasa murung tu.
Memang power lah mamat tu punya confident level. Lain macam punya tinggi. Yang member pun supportive gak. Steady je tahan gelak macam tu. Respect sama lu bro. Tapi bukan suara lah, confident level tu. Lain macam punya tinggi.
Baca: “Suara ayam tu lagi sedap” – Ayam ‘Invade’ Video Cover 3 Gadis Ini, Netizen Ketawa- Tak Ingat/