in

Gerai di Sentul Ini Jual Durian Musang King Hanya Dengan Harga RM35! Jom Serbu!

Fi Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat durian di luar sana pastinya akan berfikir dua tiga kali sebelum membeli durian. Mana taknya, durian sekarang bukannya murah. Tambah-tambah lagi kerana banyak durian Malaysia yang dieksport ke negara luar.

Namun begitu, kini anda yang meminati durian bolehlah mengunjungi gerai ini yang terletak di Sentul kerana mereka menjual durian Musang King pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.


Menurut Harian Metro, Zaidi Sudin, 56, telah menjual durian sejak lebih 30 tahun yang lalu. Dia mengakui kini menjual durian Musang King pada harga murah kerana mendapat bekalan yang banyak berbanding durian jenis lain.

Durian2
sumber: harian metro

Gerainya yang terletak di Taman Dato’ Senu, Sentul menjual Musang King pada harga RM30 hingga RM35 sekilogram bergantung kepada gred manakala D101 dan D24 dijual pada harga RM20 sekilogram, D2 (RM25) XO (RM30) dan Tekar (RM35). Wah, murahnya!

Menurut Zaidi, niatnya menjual pada harga murah adalah untuk memberi peluang kepada orang lain untuk merasa durian dan akui tidak kisah memperoleh untung yang sedikit asalkan mendapat pulangan modal.

Durian3
gambar hiasan

Walaupun begitu, pemilik gerai ini memberitahu permintaan durian masih kurang memberangsangkan walaupun dijual pada harga murah. Ini adalah kerana sehari dia hanya berjaya menjual empat hingga lima bakul sahaja berbanding tiga tahun yang lalu apabila dia dapat menjual 20 hingga 30 bakul sehari.

Saya sedar pada peringkat permulaan ini, masih ramai peminat durian belum mampu beli durian sebab itu saya tidak mahu tanggung risiko dengan harga mahal.”

Selain itu, dia turut memberitahu bahawa menerima banyak bekalan untuk Musang King pada harga yang murah kerana semakin ramai pekebun yang mengusahakan durian jenis itu. Dia berkongsi bahawa durian jenis lain kini sukar untuk diperolehi disebabkan kurang pengeluaran.

Durian4
gambar hiasan

Walaupun sudah tiba musim buah namun pengeluaran belum menyeluruh kerana bukan semua kawasan pengeluar durian menuai hasil serentak apatah lagi kebanyakan durian kali ini tidak begitu menjadi apabila putiknya gugur terlalu awal disebabkan cuaca tidak begitu baik.”

Dengan harga durian yang begitu murah, bolehlah peminat durian makan Musang King puas-puas di gerai ini.  Wah… Lepas ni bolehlah berpesta durian dengan keluarga dan rakan-rakan!

Baca: Mengidam Durian? Kini Anda Boleh Dapatkan McFlurry dan Sundae Durian D24 di McDonald’s

Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.