Jika dibandingkan zaman dahulu dengan sekarang, orang ramai kini lebih gemar menaiki Uber dan Grab berbanding teksi biasa. Namun, situasi tersebut telah mencetuskan persaingan yang sengit antara pemandu teksi dan juga Uber atau Grab.
Menurut seorang pengguna Facebook, satu provokasi telah berlaku hari ini dalam kalangan pemandu teksi kerana tidak berpuas hati terhadap pemandu Grab dan juga Uber.
Dikatakan kira-kira jam 11 pagi tadi, sekumpulan pemandu teksi telah membuat provokasi di KLIA2 serta menyekat mana-mana pemandu Grab dan Uber dari mengambil penumpang di lapangan terbang tersebut. Bila isu ni nak berakhir…
Kumpulan pemandu teksi tersebut dilihat membuat barisan panjang di tengah-tengah jalan untuk menyekat laluan bagi semua pemandu Grab dari mengambil penumpang mereka di Balai Pelepasan KLIA2.
Bukan itu sahaja, mereka juga sempat mengepung beberapa pemandu-pemandu Grab dan Uber yang sedang berehat sementara menunggu penumpang membuat ‘permintaan’ di aplikasi tersebut.
Beberapa netizen juga telah berkongsi pendapat terhadap isu itu dan mempersoalkan motif kumpulan tersebut membuat kecoh di tempat awam, apatah lagi di tempat ramai pelancong luar negara boleh dijumpai.
Setakat ini tiada berita sama ada terdapat sebarang sentuhan fizikal atau kecederaan yang telah terjadi di tempat kejadian.
Bila agaknya isu ni akan berakhir eh? Rezeki masing-masing, janganlah dengki. Kan?
Baca : Pemandu Teksi Biadap Ganggu Lelaki Ambil Penumpang di Lapangan Terbang Pulau Pinang