in

Geng Suami Pergi Trip ke Terengganu, Geng Isteri Sanggup Drive 5 jam Sebab Nak Intip

Ft Isteri Skodeng Suami Road Trip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baik isteri, mahupun suami, masing-masing memerlukan Me Time, waktu ini lah mereka diberi kebebasan untuk menikmati kehidupan seperti orang single dimana berjumpa dengan rakan, lepak atau pergi road trip.


Misalnya macam satu geng ni, sekumpulan suami ada pergi ke Terengganu untuk ‘bujang trip’ tetapi tanpa disedari para isteri rupanya skodeng dari belakang. Ianya dikongsikan menerusi satu video di TikTok  dan meraih perhatian netizen.

 

5 jam drive. Sampai ke Terengganu kita skodeng laki kita

Menurut @haneyzrodzy, dia bersama geng isteri lain memandu sehingga 5 jam untuk sampai ke Terengganu demi nak mengintai suami mereka.

Dilihat mereka cuba mengintip suami-suami mereka di sebuah rumah tempat mereka menginap, tapi gelabah takut disedari.

@sweeto0508

5 jam drive. Sampai ke Terengganu kita skodeng laki kita ? ?? #bini2kugangster? klang-terengganu

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Video tersebut telah meraih 66K jumlah tontonan dan membuatkan ramai netizen terhibur dan mahukan sambungan video tersebut.

Disebabkan permintaan netizen yang ‘tumpang nervous‘ sama, wanita ini kongsikan satu lagi video intipan mereka dari dalam kereta. Dilihat para suami sedang berseronok bergambar di tepi pantai, dalam rakaman lain, dilihat para suami sedang ingin menuju ke kenderaan mereka.

@sweeto0508

Replying to @Liyana Skodeng husband part 2. Time ni kteorang dah munculkan diri tapi duduk jauh2 je buat2 tak nampak ? #bini2kugengster

♬ original sound – haneyzrodzy – haneyzrodzy

Dalam video seterusnya, modus operandi mereka akhirnya terbongkar apabila pada waktu malam mereka cuba lalu di halaman suami tetapi suami memberikan isyarat lampu kepada para isteri ini.

Tapi kalau diperhatikan video kat atas, suami dia nampak macam dah perasan isteri masing-masing kan? Ya lah, isteri sendiri kot.

@sweeto0508

Replying to @Bunga iRis? kita cukcak malam bbq dyeorng bagi pishangggg #pishangg??? #bini2kugangster

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Bagaimanapun, wanita ini menjelaskan bahawa selepas mereka berjumpa, para isteri ini tidak mengganggu suami mereka lagi.

Baca : “Nak cipta kenangan terindah” –  Pasangan Suami Isteri Bawa Anak-anak Melancong Keliling Dunia Sebelum Buta

F1 Around The World

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.