in

Geng Motor Beratur Panjang Nak ‘Rem’ Motor Dekat Jenazah Sebagai Tanda Penghormatan

ft raja rem meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila seseorang itu meninggal dunia, pastinya kita akan melawat jenazahnya sebagai tanda penghormatan terakhir sebelum disemadikan, lebih-lebih lagi jika si mati itu terkenal atau ada memberikan sumbangan kepada orang ramai.

Kebiasaanya, kita akan menjenguk jenazah itu dan jika ada peluang, dapatlah kita mengucup dahinya buat kali terakhir. Tetapi dalam satu kawasan perkampungan di negara jiran, Indonesia ini, lain pula caranya, ianya tular menerusi satu rakaman video berdurasi 1 minit.


 

Raja Rem mati

Dalam video tersebut, dikatakan si mati itu mendapat gelaran ‘raja rem’ sepanjang masa dia hidup, oleh sebab itu, keranda jenazah diletakkan di tepi jalan lorong rumah disamping barisan penunggang  motosikal menunggu giliran untuk membuat aksi rem sambil lalu disebelah jenazah itu.

Dikatakan ia adalah satu tanda penghormatan, dapat dilihat salah seorang penunggang motor itu begitu beremosi sampai menangis memegang keranda sambil melakukan rem sekuat hati.

Video tersebut telah dikongsikan di Twitter dan mengundang pelbagai reaksi netizen, ada diantara mereka yang pelik, ada yang anggap ia lucu dan ada juga yang terkejut apabila melihatnya.

Screenshot 2023 06 28 174133

Screenshot 2023 06 28 174158

Screenshot 2023 06 28 174315

Screenshot 2023 06 28 174345

Lokasi dan waktu mengenai kejadian ini masih lagi belum dikenalpasti, apapun kita doakan sahaja yang baik-baik buat jenazah itu.

Baca : “Dakwa ditendang jurulatih” – Budak 8 Tahun Meninggal Dunia Lepas Dua Hari Sertai Kelab ‘Martial Arts’

kanak kanak maut martial arts 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.