Setiap insan pasti merasa, saat perpisahan terakhir, dunia yang fana akan ditinggalkan, hanya amalan yang dibawa…
Setiap manusia yang hidup pasti akan kembali, menemui Pencipta-NYA cuma bila, dimana dan bagaimana hanya DIA yang mengetahui.
Sebab itu kita digalakkan untuk memanfaatkan waktu hidup ini dengan melakukan perkara yang baik, perbanyakkan amalan sedekah, menuntut ilmu yang bermanfaat dan saling sayang menyayangi.
Kisah ‘perginya’ sahabat Ben Husmii yang dikongsikan di twitter, mengundang sebak ramai netizen.
“I wonder how it feels, hilang sahabat untuk forever. yaAllahhh, gaduh dengan kawan pun, kesan dia mendalam dah, apatah lagi, yang meninggal…”
https://twitter.com/BenHusmii/status/1164166864412405760
Semalam kecoh di twitter mengenai satu kemalangan maut babitkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta yang dilaporkan berlaku di Raub, Pahang.
Penunggang motosikal terbabit yang berusia 23 tahun disahkan maut di tempat kejadian.
Lebih menyedihkan lagi, penunggang terbabit merupakan sahabat kepada Ben Husmii, yang difahamkan ketika itu arwah dalam perjalanan dari dari Port Dickson ke Kuala Lipis untuk menyelesaikan urusan berkaitan perniagaannya.
https://twitter.com/unholyEddy/status/1164102306779897856
Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku, Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu…

Mesti korang pelik kan kenapa tiba-tiba Ben hantar puisi tu? Katanya, sehari sebelum kemalangan arwah ada menghantar voice note dalam group whatsApp mereka dan arwah membacakan semula puisi dari D. Zawawi Imran.
Kalau mendung hitam sudah di atas kepala, Jangan larang hujan turun ke bumi, Kalau angin bertiup dengan kencangnya, Jangan larang daun-daun kering berguguran, Kalau ‘senyummu’ selalu mekar dalam hatiku, Jangan larang aku tetap setia dan rindu padamu.”
Arwah tersangat baik. Besar mana kejayaan dia, kawan kawan selalu dia ingat. Bertutur lemah lembut dengan dengan semua orang…
Rata-rata netizen sebak selepas mendengar bacaan bait-bait puisi yang dilafazkan arwah sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman…amin