Baru-baru ini, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah memuat naik satu video dimana mereka telah melaksanakan bayaran zakat kepada Pusat Zakat Selangor. Ramai dalam kalangan netizen yang memuji tindakan mereka itu.
Terkini, selebriti tanah air, Sharifah Shahirah dan Rozita Che Wan turut melaksanakan bayaran zakat. Turut kelihatan ketika proses pembayaran itu ialah penyampai radio, Fara Fauzana.
Video mereka membayar zakat itu diambil sendiri oleh Shahirah dan potongan sebahagian video itu telah dikongsikan semula di platform X.
Letopp artis sekarang bayar zakat kena tunjuk la kang netizen cakap tak baayr pulekkk 👀
Shiera: U bayar zakat paling tinggi ke tak?
Che Ta: Mungkin tak berapa tinggi sebab tu tak keluar tv
🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/3HlE91bBlW
— aLeL 🍊 (@AzlilAdzif) December 23, 2023
Artikel berkaitan: Aeril & Wawa Dituduh Riak Tunjuk Bayar Zakat Perniagaan RM1.15 Juta, Ini Respon PU Amin
Artikel berkaitan: Curi Wang Zakat Bernilai RM22k, 4 Lelaki Indonesia Ditahan Polis
Semoga makin ramai yang bayar zakat
Rata-rata netizen memuji tindakan Sharifah Shahirah dan Che Ta yang melaksanakan bayaran zakat. Seperti yang sedia maklum, pungutan zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf dan mereka yang layak menerimanya.
Seronok tengok ramai yang secara sukarela bayar zakat. Sebagai seorang pempengaruh, benda-benda yang mengajak ke arah kebaikkan inilah yang elok kita ajak ramai orang buat.
Betul, min ada terbaca ramai orang kata bayar zakat ni elok dihebohkan. Cuma bukan kerja kita nak tentukan ikhlas atau tak. Terserah untuk tuan badan untuk tentukan sendiri.
Yang ini min setuju. Ada yang min pernah terbaca, dekat Korea pun geng-geng artis ni buat content bayar cukai untuk sedarkan dan ajak peminat dan orang ramai bayar cukai sekali.
Amin, kita doakan yang terbaik untuk semua yang telah mengeluarkan zakat tahun ni. Semoga amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.