in

“Garangnya mak dia”- [VIDEO] ‘Reaction’ Mak Ayah Bila Anak Beli CD BTS Buat Ramai Geli Hati

Ft Bts

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan kumpulan BTS daripada Korea itu. Kumpulan BTS sangat terkenal di seluruh dunia sehinggakan lagu ‘Butter’ daripada kumpulan tersebut dimainkan pada acara penutup EURO2020 yang lalu. Lagu Asia pun dimainkan di acara sukan Eropah, memang terbaik.


Pada 7 Julai yang lepas, BTS telah mengeluarkan CD ‘Butter’ bagi menghargai fandom mereka iaitu ARMY yang sudah lapan tahun kewujudannya. Lagu ‘Butter’ kini berada di carta 100 ‘Billboard’ untuk 3 minggu berturut-turut.

Bts Band E1629087393132

 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan CD tersebut, mereka perlu preorder di laman sesawang yang telah disediakan. ARMY pun ada dekat Malaysia tau geng…

“Nasib baik tak kena marah”

Tapi apa yang menarik, dalam perkongsian @kayshta, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan dia sedang unboxing CD ‘Butter’  BTS depan ibu bapanya.

@kayshta

Chaotic family tings ☺️ #fyp #buttercd #bts #unboxing #btsarmy

♬ original sound – kaysh ? – kaysh ?

@Kayshta telah membeli CD ‘Butter’ bersama rakan-rakannya yang lain dengan harga RM800 enam kotak. Walaupun dia terpaksa membayar dengan harga yang mahal, dia tetap berpuas hati dengan apa yang dia beli.

Kaysh telah merakam video dia sedang membuka bungkusan kotak yang terdapat CD ‘Butter’ BTS yang dibeli depan ibu bapanya. Kaysh sengaja merakam detik-detik tersebut kerana dia ingin melihat reaksi ibu bapanya. Siap baca bismillah eh buka kotak tu, steady!

Walaupun dalam video tersebut tak nampak parents Kaysh, tapi suara mereka  membuatkan ramai yang menonton video tersebut terhibur. Reaksi ibu bapa Kaysh yang dilihat sangatlah ‘typical Malaysian’s parents’ kerana cara dia membebel sama macm mak ayah kita, kan?

“Seriouslah baca bismillah!”

Video yang berdurasi lebih daripada seminit itu telah mendapat lebih daripada setengah juta tontonan di Tiktok. Beberapa netizen yang menonton video ini juga terkejut kerana sebelum membuka bungkusan itu, Kaysh telah membaca bismillah.

Antara komen netizen yang tertarik untuk min berkongsi:

Komen Bts 1

 

Walaupun ibu Kaysh nampak garang, tapi ayahnya nampak tenang dan tak marah-marah pun. Ibu Kaysh siap salahkan suaminya kerana bagi anaknya duit. Min nak ayah mcam Kaysh please.

Kalau One Direction ada buat comeback, min orang pertama beli CD dia.

Baca: “Patutlah dorang juara” – Gara-gara Popcat Rider Di Thailand Sempat Click Sementara Tunggu Traffic Light

Popcat E1629087325230

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.