Seorang YouTuber dan pelawak yang terkenal dengan persona sebagai Uncle Roger telah disekat daripada menggunakan akaun Weibo gara-gara berjenaka tentang negara China.
Uncle Roger atau nama sebenarnya Nigel Ng baru-baru ini membuat stand up comedy dan telah berkongsi klip video tersebut di Twitter miliknya.
Menerusi klip video itu, Uncle Roger telah bergurau mengenai rangkaian pengawasan dilakukan China dan menyebut isu dasar Satu China ketika berjenaka tentang Taiwan terhadap penontonnya.
Susulan video itu, China bertindak tegas terhadap akaun milik pelawak kelahiran Malaysia ini selepas dia mempersenda negara itu sebagai ‘negara pengintip’.
Uncle Roger about to get cancelled.
🎟️ Buy the FULL SHOW now to watch from home: https://t.co/ebzr06mDV9
Dropping June 4 on @momentworld pic.twitter.com/zmYtTp0tBh
— Nigel Ng (Uncle Roger) (@MrNigelNg) May 15, 2023
Menurut sumber, Uncle Roger kehilangan akaun miliknya yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Weibo dan akaunnya di Bilibili juga digantung. Weibo dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa akaun tersebut telah ‘melanggar peraturan’.
Difahamkan, klip video itu merupakan sebuah rancangan yang bakal disiarkan pada bulan depan.
Sebelum ini, pihak berkuasa China mendenda sebuah syarikat komedi sebanyak 14.7 juta yuan (RM9.5 juta) dan turut mengancam mengambil tindakan undang-undang lebih tegas gara-gara jenaka disifatkan melampau terhadap Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
Hmm, tak pasal-pasal kena banned…
Baca: “Melawak tak kena tempat’” – Netizen Kecam ‘Uncle Roger’, Berjenaka Tentang Kemelut Ukraine & Russia