in

Gara-gara Nak Duduk Tepi Tingkap, Ada Individu Suka Curi ‘Seat’ Penumpang Lain?

Curi Seat Flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika membeli tiket bas atau tiket penerbangan, pasti kita sudah memilih tempat duduk yang bersesuaian dengan kita. Mungkin boleh jadi tempat duduk yang dekat dengan tingkap atau yang bersebelahan dengan aisle.

Namun, perkara ini boleh dilakukan hanya jika kita membeli tiket tersebut lebih awal.


Pun begitu, baru-baru ini sebuah perkongsian pengguna Twitter @yein654 atau Ayien membuatkan ramai yang relatable apabila ada indivdu yang cuba untuk ‘mencuri’ tempat duduknya yang bersebelahan dengan tingkap.

“Masuk-masuk dalam kapal terbang dah nak bikin panas. Tak dapat duduk tepi tingkap memang boleh buat gaduh. Aku beli tempat duduk memang aku nak duduk situ,” tulisnya.

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan individu berkenaan pada mulanya hanya senyum apabila ditegur, selepas diminta untuk menukar semula tempat duduk, dia dengan tenang bertanya jika dia boleh duduk di tempat duduk yang bukan ada pada tiketnya.

“Saya nak duduk dekat sini boleh?,” soal penumpang tersebut.

“Tak boleh, saya nak duduk di tempat duduk saya,” balas Ayien.

“Awak duduk di tempat duduk C boleh? kan sama sahaja duduk dekat A atau C ke,” soal penumpang itu lagi.

Ayien dengan tegas tetap meminta penumpang itu beredar dari tempat duduknya dengan segera sebelum pramugari membuat pengumuman.

“Pernah terkena juga!” 

Rupanya, ramai juga netizen lain yang pernah berdepan dengan situasi yang sama dan rata-rata berkongsi pengalaman mereka dan cara mereka atasi masalah tersebut.

Cats 2

Kalau naik flight, jangan curi seat orang tau!

Baca: “Ayooo” –  Berharap Dapat Jodoh Orang Turkiye Duduk Sebelah Seat Dalam Flight, Sekali Untuk Anjing

Ft Jodoh Dalam Flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.