in

Gara-gara Isu Palestin, Syamimia Kehilangan 100K Jumlah Pengikut

Ft Syamimia Hilang Followers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang personaliti media sosial baru-baru ini terpalit dengan kontroversi apabila dia membuat satu kenyataan menjelaskan pendiriannya tentang mengapa dia tidak membuat sebarang perkongsian berkenaan dengan nasib yang menimpa rakyat di Palestin sekarang.

Selain itu, dia juga ada memberikan sebab dan penjelasan kenapa tidak membuat sebarang perkongsian dan menyebarkan kesedaran mengenai hal ini. Oleh sebab itu, pempengaruh, Syamimia didakwa sudah kehilangan lebih daripada 100K jumlah pengikut.


Artikel Berkaitan : “Takut kena banned ke?” – Netizen Tak Setuju Alasan Influencer Kenapa Tak Kongsi Isu Palestin

Artikel Berkaitan : Dikecam Duduk Rumah Flat Tapi Pakai Perabot Mewah, TikToker Tampil Beri Penjelasan

Perkara itu diperhatikan oleh netizen menerusi platform media sosial X. Menurut warganet, ia berlaku berikutan ‘penangan’ yang diberikan oleh rakyat Malaysia jika seseorang pempengaruh itu cuba memberikan sebarang kenyataan yang tidak masuk akal berkenaan isu Palestin.

https://twitter.com/omgitssaraa_/status/1714429391210758591?s=46&t=SrE5_5lzY2RkVk38dieDhw

Dalam masa yang sama, netizen menyangkakan bahawa jumlah pengikutnya berkurangan berpunca daripada kenyataan yang dikongsikan menerusi IG Story miliknya sebelum ini.

Screenshot 2023 10 18 120953 Screenshot 2023 10 18 121038

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian di IG Story milik Syamimia, dia kini sedang aktif membuat perkongsian berkenaan dengan Palestin.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.