Rasanya min tak perlu nak huraikan lagi isu yang tengah hot melibatkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini.
Ekoran dengan pendedahan itu, ia kini menjadi topik dan buah mulut ramai netizen dan menjadi bahan sindiran. Abby Abadi sebelum ini pun ada tampil memberikan keterangan, namun begitu, Norman Hakim dilihat masih lagi ‘mendiam’.
Artikel Berkaitan: Ada Bukti Resit ‘Check In’ Hotel, Anak Pelakon Terkenal Kantoi Jadi Penyondol?
Artikel Berkaitan: “Memang sedap bersangka-sangka” – Kecoh Isu Anak Jadi Penyondol, Abby Abadi Buka Mulut?
Walau bagaimanapun, dilihat Norman Hakim terkena tempiasnya apabila ruangan komen di Instagram miliknya kini dibanjiri dengan kata-kata sinis berkenaan isu ini.
View this post on Instagram
Selain daripada kata-kata sinis yang mereka berikan, ada juga yang tampil membela Norman Hakim. Netizen mendakwa komen yang diberikan oleh golongan yang mengecam pelakon ini agak keterlaluan dan tidak memikirkan kifarah.
Sekadar info, sejak malam tadi tular satu pendedahan daripada seorang wanita berkenaan dengan kecurangan suaminya dengan anak pelakon yang baru sahaja berumur 18 tahun, bagaimanapun, Abby Abadi ada tampil memberikan keterangan mengenai isu tersebut.
Hurm, tak apalah, seeloknya mendiamkan diri sahaja daripada membalas segala hinaan orang, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang mulia ini.
Sumber : Instagram