in

Gara-gara Dibaling Pemadam Pensel, Pelajar Sekolah Bergaduh Hingga Cedera Teruk

Pelajar Bergaduh Dibaling Pemadam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan pelajar tingkatan tiga bergaduh di hadapan sebuah sekolah menengah di Kempas, Johor hingga berlumuran darah gara-gara tidak puas hati dibaling pemadam pensel.


Menurut laporan, pergaduhan berlaku pada Rabu petang telah menyebabkan beberapa pelajar sekolah terbabit mengalami kecederaan luka di kepala serta lebam di bahagian kaki dan tangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kecederaan yang dialami pelajar itu agak serius dan terpaksa menerima rawatan di hospital.

Polis memaklumkan kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada pelajar yang telah dibaling pemadam pensel oleh rakan sekelasnya, dua hari sebelum pergaduhan.

Tambah beliau dalam satu kenyataan, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dalam kalangan pelajar yang dipercayai terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai tidak mensensasikan isu tersebut kerana ia boleh memberi implikasi kepada keharmonian berikutan siasatan masih berjalan.

Baca: 19 Kanak-kanak Terkorban Lepas Pelajar Bakar Asrama Sebab Sakit Hati Handphone Dirampas
Ft Asrama Terbakar Sebab Pelajar Bakar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.