Sebut sahaja nama Syed Saddiq mesti ramai di antara kita yang kenal dengan Ahli Parlimen Muar dan juga Presiden Parti MUDA ini.
Tapi, rata-rata warganet mesti teringat kisah sebelum ini yang pernah tular di media sosial mengenai sebuah video, memaparkan aksi Syed Saddiq bermain badminton yang telah dikatakan kelihatan kekok bersukan.
Baru-baru ini, Syed Saddiq telah memuat naik sebuah video ke TikTok yang menunjukkan dirinya sedang bermain badminton dengan jayanya.
@syedsaddiq Plis gantikan video lama dengan ni. ?
Menerusi video itu, dapat dilihat beliau sedang tayang ‘taring’ sebenar dirinya bermain badminton dan tidak dapat dinafikan memang nampak hebat di dalam gelanggang.
Beliau juga tidak melepaskan peluang ini untuk ‘memayung’ pukulan smash dua kali berturut-turut yang telah meraih perhatian netizen melalui video tersebut.
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen ringkas yang ditulis seolah-olah meminta netizen untuk ‘delete’ video lama dari ingatan mereka.
“Please gantikan video lama dengan yang ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pernah kena bahan dengan warganet
Terdahulu, Syed Saddiq pernah dikritik oleh warganet tentang cara beliau bermain badminton, setelah sebuah video yang dimuat naik ke Twitter itu viral.
Netizen mengatakan, Syed Saddiq kelihatan kaku dan tidak reti bermain badminton. Susulan itu, beliau telah memberitahu semua waganet yang beliau akan mula mengambil kelas badminton dan berusaha untuk tingkatkan skilnya.
Apa komen netizen?
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa skill Syed Saddiq semakin improve berbanding sebelum ini dan ada juga yang memuji ketangkasan beliau membuat pukulan smash berturut.
Perghh YB makin tangkas la main badminton!
Baca : “Badminton out, menari pun out” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Syed Saddiq Menari