Lukisan gambar bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz atau Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung di dinding dalam pejabat pengurusan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa Kelantan tidak hangus biarpun hampir seluruh premis tersebut terbakar pada awal pagi Selasa.
Menurut penyelia PUTIK, Raja Roslan Raja Yaacob, gambar tersebut sudah digantung lebih 20 tahun dan ia berada dalam keadaan baik.
Artikel berkaitan : Dikurniakan Gelaran Tan Sri, Cucu Arwah Nik Aziz Dakwa Keluarga Dimaklumkan Sepatutnya Dapat Tun?
Artikel berkaitan : “Bagus dia sama taraf dengan Nik Aziz” -Tun M Ulas Mengenai Anugerah ‘Tan Sri’ Lim Kit Siang
“Selain lukisan itu, ayat Kursi yang digantung bersebelahan dengan lukisan Almarhum Tok Guru juga tidak terbakar.”
Jelasnya, punca kebakaran itu masih lagi dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sebelum ini, media melaporkan bahawa sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal di bangunan milik PAS iaitu PUTIK terbakar.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan 1, Che Mazlan Mohamed, kebakaran terbabit melibatkan sebuah pondok pengawal beserta pejabat pengurusan PUTIK yang membabitkan kemusnahan sebanyak 80 peratus.
Sumber : Sinar Harian
