“Lambaian penuh makna” itu antara kata-kata yang dinukilkan di posting Facebook 503 Squadron pada 19 April buat anggota yang menaiki pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.
Tanpa diduga, kata-kata yang dikepilkan dengan gambar lambaian lima Kru Udara Skuadron 503 adalah satu lambaian terakhir buat rakan sekerja mereka.
Artikel berkaitan : “Tertimbus dalam tanah” -; Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar Ragut Dua Nyawa, Ini Kronologinya…
Artikel berkaitan : [TERKINI] Nahas 2 Helikopter Bertembung Di Lumut, 10 Mangsa Dilaporkan Terkorban
“Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik.”
Menjengah ke ruangan komen, gambar tersebut telah mengundang rasa sebak orang ramai apabila mendapat khabar berita yang mendukacitakan ini.
Menerusi Berita Harian, pasukan itu telah menghantar dua pesawat HOM-AW139 membabitkan sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Lumut, Perak untuk menyertai latihan dan raptai sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan pada awal bulan depan.
Ia diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut bertindak sebagai juruterbang sebuah daripada helikopter pasukan itu.
Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang yang berada dalam Fennec maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.
Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.
Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas. Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Tiada yang terselamat dalam nahas itu, namun setakat ini TLDM belum mengeluarkan senarai nama mangsa yang terkorban secara rasmi.
Sumber : Facebook