Tidak dapat dinafikan, sebagai rakyat Malaysia kita pasti berbangga jika ada orang luar yang fasih berbahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu.
Terbaru, tular satu video yang memaparkan dua orang Jepun yang membuat satu temu ramah berkenaan Malaysia.
Artikel berkaitan: “Bangga gila!” – Netizen Teruja Tengok Reaksi Rakyat Jepun Puji Animasi Mechamato
Artikel berkaitan: Isu Perkataan ‘Bismillah’ Diganti ‘Kakugo Shiro’ Dalam Movie Mechamato Versi Jepun, Ini Penjelasan Dari Penerbit...
Video yang dimuat naik oleh influencer Jepun yang rajin membuat content Bahasa Melayu di TikTok miliknya @dari_malaysia_, memaparkan dia bertemu dengan seorang lagi orang Jepun yang pernah tinggal selama 7 bulan di Malaysia.
@dari_japan_ Saya dapat interview wanita Jepun yang fasih berbahasa melayu!! #malaysiatiktok #fyp #koujijepun
Apa yang menarik perhatian, gadis yang ditemu ramah itu sangat fasih berbahasa Melayu meskipun tinggal di sini dalam jangka masa yang tidak begitu lama.
Gadis yang pernah bermaustatin di Dungun, Terengganu itu berkongsi pengalamannya yang bekerja sebagai pembantu guru bahasa Jepun dan menceritakan apa yang disukai mengenai Malaysia.
Dia juga berkongsi dia sangat sayang dengan pelajar-pelajarnya di negeri Pantai Timur itu namun tidak dapat menolak dia mempunyai masalah dalam memahami loghat di situ.
Lebih menarik perhatian, gadis tersebut juga berkongsi berkenaan satu perkara yang tidak asing buat kita iaitu ‘janji melayu’, menurutnya ianya adalah satu bentuk perjanjian yang tidak ditepati dan merasakan itu adalah antara culture shock atau kejutan budaya yang dialaminya ketika di Malaysia.
Comel betul!
Sumber: TikTok