Umumnya dah tahu yang hari ini tempahan slot untuk menerima vaksin AstraZeneca dibuka untuk golongan 18 tahun keatas dan sambutannya macam pisang panas apabila Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan bahwa tempahan itu penuh dalam masa sejam menerusi Twitter mereka!
Namun begitu, ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila mereka tidak berpeluang untuk melakukan tempahan tersebut.
Menurut mereka banyak berlaku masalah teknikal semasa ingin membuat tempahan untuk memilih tempat vaksin bahkan ada yang terus tidak boleh akses ke laman sesawang tempahan vaksin tersebut.
https://twitter.com/JKJAVMY/status/1397424253092261891?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1397424257815048195%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-malaysia%2Ftempahan-vaksin-astrazeneca-ditutup-selepas-sejam-ramai-luah-kekecewaan-299944
Tengok-tengok dah tutup – Netizen
Disebabkan itu, ada netizen yang memeberikan cadangan untuk atur masa dengan lebih elok dengan cara membahagikan slot untuk setiap negeri dalam satu waktu.
Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan sejuta dos dibuka untuk tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca.
Korang lepas tak?
Baca : Tempahan Slot Vaksin Astrazaneca Untuk Individu 60 Tahun Kebawah Dibuka Esok