Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Kunto Darussalam di Riau dikecam warganet selepas memuatnaik aksi ghairah dengan mengenakan seragam sekolah yang diconteng gambar tidak senonoh.
Dikatakan pelajar-pelajar tersebut sedang meraikan keputusan peperiksaan mereka.
Bukan itu sahaja, menurut Kompas terdapat foto viral di media sosial memperlihatkan seorang pelajar perempuan melakukan aksi tak senonoh sambil dikelilingi pelajar lelaki.
Malah terdapat juga aksi pelajar lelaki dan perempuan berpelukan, padahal wabak Covid-19 di negara itu masih menunjukkan peningkatan.
Ketika kejadian, polis menyedari tindakan pelajar-pelajar tersebut yang memenuhi jalan raya di kawasan pekan sebelum polis menyurai keadaan.
Bagaimanapun dikatakan selepas disuruh bersurai, pelajar terbabit tidak pulang ke rumah sebaliknya ke destinasi lain untuk raikan ‘kemenangan dan kebebasan’ mereka selepas peperiksaan.
Ketua Pendidikan Wilayah Riau, Kaharuddin berkata pihaknya sudah mendapatkan laporan berhubung kejadian tersebut, lapor riauonline.
Kita sudah minta Klarifikasi pihak sekolah, dan keterangan pihak sekolah kejadian ini murni kegiatan yang diambil sendiri oleh siswa tersebut tanpa seizin pihak sekolah,”
Difahamkan pelajar-pelajar tersebut sudah memohon maaf kepada pihak sekolah atas perlakuan mereka.
Dah lah sekarang musim Covid-19, bulan puasa pulak tu..aishhh!