Korang ingat tak lagi kisah Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah yang memuatnaik foto di facebooknya dimana dia berdoa di depan jalan berlubang di kawasannya sambil duduk bersila.
Foto yang diambil pada Februari tahun lepas itu nyata berkesan apabila tak sampai 24 jam posting itu, lubang berkenaan ditampal sekaligus memudahkan perhubungan penduduk setempat.
“Ya Allah Makbulkanlah Permohonan Hamba Mu Ini Ameen..”
Tapi kali ini kisah yang hampir serupa berlaku tapi bukan di negara kita sebaliknya di Indonesia, apabila sekumpulan remaja ‘mengambil kesempatan’ pada lopak dan lubang di kawasan kampung mereka.
Seorang pengguna facebook Wahyu Aditya berkata, foto-foto tersebut diambil di jalan daerah Batumarta, Ogan Komering Ulu yang terletak di Sumatera Selatan.
Sekumpulan remaja ini membuat pelbagai aksi-aksi lucu dengan memanfaatkan lopak dan lumpur di jalan tersebut..yelah, nak marah pun mesti dah penat.
Tema : Gadis & Lopak
Tema : Angkara Lubang, Suami Keciciran Isteri
Tema : Memancing di ‘Lopak’ Pun Boleh
Tema : Suami Curang, Dia Dengan Lopak Takde Beza!
Tema : Bersantai Di Jalan Berlopak
Tema : Jom Balik Ngaji
Bijak betul budak-budak ni gunakan lubang denga lopak sebagai ‘prop’ tambahan dalam foto-foto dorang, lawa pulak tu..