in

‘Flex’ Cincin Di Anugerah Golden Globes, Tom Holland & Zendaya Sudah Bertunang!

syaz ft 2025 01 07T132319.407

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adakah kita akan melihat pasangan Spiderman dan Mary Jane pertama yang berkahwin dalam kehidupan sebenar?

Pasangan yang dimaksudkan ialah selebriti Hollywood, Tom Holland dan Zendaya yang dikatakan sudah pun bertunang baru-baru ini apabila pelakon wanita itu menunjuk-nunjuk cincin di jari manisnya ketika Anugerah Golden Globes semalam.


Artikel berkaitan: “Cinta tak semestinya bersama”- 7 Kisah Percintaan Tragik Selebriti Hollywood

Artikel berkaitan: 7 Selebriti Yang Tinggalkan Hollywood Sebab Nak Hidup Normal

TMZ melaporkan ada sumber yang rapat dengan pasangan itu berkata bahawa Tom Holland melamar antara Krismas dan Tahun Baru di salah satu rumah keluarga Zendaya di Amerika Syarikat dalam satu sesi yang sangat romantis dan intim.

zendaya golden globes 010525 tout 2 6ba49a2b63084433ae350d2571571e0e

Selain itu, sumber yang sama turut memberitahu TMZ bahawa Tom Holland meminta ‘restu’ untuk melamar Zendaya daripada bapanya, Kazembe Ajamu Coleman beberapa bulan sebelum lamaran itu.

Ketika anugerah itu semalam, Zendaya ditanya sama ada dia sudah bertunang secara terang-terangan, tetapi pelakon itu hanya menujukkan cincinnya, tersenyum malu dan mengangkat bahunya (shrug) tanpa memberikan sebarang kenyataan.

Sebagai info, Tom Holland dan Zendaya pertama kali digandingkan bersama dalam filem Spiderman: Homecoming.

Sumber: Elle

Sumber: People

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.