in

“Fitnah ini berat” – YB Fadhlina Sidek Nafi Tak Buat Apa-apa Isu Kes Adik Zara Qairina

syaz ft 2025 07 30T155731.896

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, kecoh berkenaan kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan kejadian buli.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini menepis dakwaan netizen yang mengatakan beliau dan kementeriannya tidak berbuat apa-apa susulan kes tersebut.


Artikel berkaitan: “Soal keselamatan, kerahsiaan sangat dijaga” –  Fadhlina Sidek Nafi Ada Kebocoran Soalan SPM

Artikel berkaitan: Selain Zara Qairina, Bekas Guru Dedah Rupanya Ada Kes Buli Lain Di Sekolah Sama?

Menurutnya, fitnah berat itu sedang berleluasa ketika ini, sekali gus menggesa semua pihak berhenti menyebarkannya tanpa usul periksa.

Malah, dalam hantarannya di Facebook, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penularan berita tidak sahih dan fitnah berhubung kes itu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan.

“Pada 18 Julai 2025, saya keluarkan kenyataan berkenaan kejadian ini dan menyatakan komitmen Kementerian untuk bekerjasama dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

Saya juga meneliti laporan harian dan memantau secara dekat kes itu serta memastikan JPN Sabah memberi bantuan terbaik kepada keluarga,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Fadhlina menegaskan kes kematian adik Zara Qairina itu adalah tumpuan utama KPM buat masa ini.

Dalam pada itu, beliau juga berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penularan berita tidak sahih dan fitnah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.