Korang excited tak kalau nampak kereta mahal macam Lamborghini bila tengah drive dekat jalan? Fuh, excited dia tu macam tengah usha awek lawa.
Baru-baru ini, sebuah kereta Lamborghini Gallardo berwarna kuning mencuri perhatian netizen di Singapura. Bukan hanya sebab kereta itu cantik, tapi ada sesuatu dekat kereta itu yang buatkan ramai yang terkejut melihatnya.
Basikal sebagai alat keselamatan kenderaan
Menerusi satu gambar yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini, korang dapat tengok ada basikal bertayar satu melekat pada cermin depan kereta mewah berwarna kuning itu.
Tapi, kalau korang tengok betul-betul gambar itu, basikal tersebut bukan langgar cermin depan kereta itu tau. So, kenapa basikal tu ada dekat tempat yang boleh halang pandangan orang nak drive?
Menurut Mothership, keadaan basikal pada cermin depan kereta itu sebenarnya ada fungsi dia tau. Sumpah la ada function basikal tu kat situ?
Untuk pengetahuan korang, basikal tersebut adalah alat keselamatan kenderaan yang melindungi bahagian bonet kereta serta cermin depan kereta dan alat ini juga dijual di Seasucker. Ohhhh baru tahuuu.
Korang tahu tak, alat keselamatan ini yang dijual oleh syarikat Seasucker ini dianggarkan berharga 299 US Dollar atau lebih RM 1000 tau. Boleh tahan mahal juga eh.
Ada yang anggap basikal itu membahayakan
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang komen cakap diorang risau kalau basikal yang berada di cermin hadapan kereta itu boleh halang penglihatan pemandu dan boleh menyebabkan kemalangan.
First time ni tahu ada basikal yang function dia jadi alat keselamatan kenderaan. Ingatkan dia saja-saja pasang untuk aksesori kereta.
Sumber: Mothership, Singapore Forum, ROADS.sg
Baca:”Nak sangat menunjuk kan”- Lamborghini Berasap Lepas Pemilik Show Off Panggang Daging Dekat Ekzos