Isu kesahihan mengenai kes influencer yang didakwa hilang dalam hutan di Bandung dan dijumpai selepas 3 hari hilang ini sampai ke titik noktah apabila pihak polis Indonesia sendiri tampil memberikan pengesahan bahawa kejadian tersebut adalah palsu.
Ia berlaku selepas penyanyi rap, Caprice mendakwa kejadian itu palsu dan perkara ini didedahkan oleh ‘talent agency’ yang menguruskan pempengaruh yang terlibat.
Artikel berkaitan : “Talent agency tu confirmkan” -Caprice Sahkan Kejadian Influencer Hilang Adalah Palsu
Artikel berkaitan : “Jaga sensitiviti” – Ammar Nazhan Pertahan Kejadian Influencer Bukan Dibuat-buat!
Berikutan pengesahan daripada pihak polis, Caprice tampil memberikan kenyataan sinis yang ringkas buat Ammar Nazhan yang masih cuba mempertahankan kejadian tersebut.
“Tu ah bro, lain kali dah kantoi tu, fikir-fikir lah sebelum nak pertahankan juga.”
Dalam pada itu, Caprice juga ada menyatakan keraguannya kerana ahli keluarga ‘mangsa’ tidak tampil bersuara dan ambil sebarang tindakan terhadap anak mereka yang dikatakan hilang selama 3 hari.
Sebelum ini, digemparkan tentang kehilangan seorang pempengaruh di Bandung saat melakukan aktiviti paranormal dan dilaporkan pempengaruh yang dikenali sebagai Eyka itu hilang selama 3 hari.
Oleh itu, Ammar Nazhan menjelaskan bahawa pencarian yang melibatkan orang kampung, polis dan tentera di negara itu sedang giat dijalankan sebelum Eyka berjaya ditemui.
Susulan itu, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan rasa terpanggil dengan berita tersebut dan mengatakan pihak polis patut ambil tindakan sewajarnya jika kes ini adalah rekaan untuk tujuan ‘content’.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Caprice membuat satu pendedahan bahawa ianya adalah kejadian palsu, katanya sebuah ‘talent agency’ telah mengesahkan ianya palsu dan ada mendedahkan perbualan itu.
Namun begitu, Ammar Nazhan tampil menepis dakwaan yang mengatakan bahawa kejadian yang menimpa pada Eyka itu adalah rekaan semata-mata dan mengatakan ia benar-benar berlaku.
Sumber : Instagram