Sejak wabak Covid-19 melanda negara kita bermula tahun lepas, ramai yang sedih sebab tak dapat travel sana sini macam dulu-dulu. Uish, kalau dulu ni, tiap-tiap tahun ada je pergi London la, Thailand la, Korea la.
Korang mesti rindu suasana dekat lapangan terbang kan? Haih dah lama gila kot tak pergi airport.
Kru kabin jadi sukarelawan di pusat vaksin
Korang tahu tak, korang boleh rasa pengalaman yang sama macam korang nak naik flight dekat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Pusat Konvensyen Setia City sebab sukarelawan dekat sana terdiri daripada kru kabin AirAsia.
Juga dikenali sebagai AirAsia Allstars, kru kabin ini menyambut semua penerima vaksin di pintu utama dengan senyuman manis dan melayan mereka seolah-olah penumpang pesawat sebab diorang akan guide dari awal hingga akhir proses vaksinasi. Gituuuu feeling-feeling nak naik flight.
Menurut BERNAMA , Ketua Kru Kabin AirAsia Malaysia itu Nur Tiara Rosli, dia menceritakan antara tugas mereka di PPV KLCC adalah menyambut kedatangan penerima vaksin, memeriksa dokumen dan status mySejahtera serta memberi taklimat.
Ramai teruja dengar annoucement macam dekat airport
Antara pengalaman menarik yang dikongsikan adalah waktu diorang nak buat annoucement menggunakan nada dan intonasi seolah-olah macam buat flight announcement dekat lapangan terbang.
“Yang paling best bila ramai orang keluarkan telefon diorang waktu kami buat announcement, siap rekod dan ambil gambar kami.”
@flyairasia Cabin crew announcements at PPV centres. #airasia #allstar #vaccine
Menyedari ramai yang rindu nak travel, dia menjelaskan inilah masanya untuk beri kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya ambil vaksin supaya dapat wujudkan ‘herd immunity’ dan selepas itu barulah rakyat Malaysia boleh pergi travel macam dulu lagi.
Wah gituuu feeling-feeling macam nak naik flight tauuu. Btw, korang jangan lupa daftar vaksin tau. Nanti baru la boleh pergi travel sana sini.
Sumber: BERNAMA, airasia, Twitter
Baca:”Biarrr betulll?”- Cepat! AirAsia Food Tawar Hidangan Serendah 1 Sen