in

FDA Dedah Enam Maut Dalam Ujian Vaksin COVID-19 Yang Dibangunkan Syarikat AS, Pfizer

Pfizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini mendedahkan enam individu dilaporkan meninggal dunia dalam fasa terakhir ujian klinikal vaksin COVID 19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaga Jerman, BioNTech.


Gettyimages 1284799714 D1D6F64E2Ed69C7F982D4F967Fff1Df7E01810F0

Menurut Harian Metro, perkara ini dedahkan FDA sebelum beberapa jam United Kingdom (UK) menjadi negara pertama yang meluluskan penggunakan vaksin tersebut.

Pun begitu, kadar kematian itu menurutnya tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan kerana ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.

Dalam laporan setebal 53 muka surat tersebut yang dikeluarkan pada Rabu lepas, vaksin berkenaan katanya didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah jangkitan COVID 19. 

Vaksin 1

Dua individu yang menerima vaksin berkenaan dalam tempoh percubaan dilaporkan meninggal dunia, manakala empat lagi meninggal ketika di peringkat plasebo. 

Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa vaksin itu mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus sekurang-kurangnya tujuh hari selepas individu menerima suntikan kedua.

Bagi dos pertama, data menunjukkan vaksin tersebut berkesan pada tahap 52 peratus.

Laporan ini sekaligus merumuskan keberkesanan data memenuhi jangkaan FDA bagi kebenaran kegunaan kecemasan.

Haish… kita doakan yang baik-baik sajalah okay? 

Baca: “Ujilah, saya tak takut” – ‘Panglima Perang’ Bung Mokhtar Tawar Diri Jadi Orang Pertama Terima Vaksin Covid-19

Ft Bung

Sumber: NPR
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.