in

FBI & CIA Pun Guna Taktik Sama, Aman Shah Beri Tip Elak Telefon Digodam ‘Hacker’

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman sekarang, hampir semua daripada kita memiliki telefon pintar untuk memudahkan urusan harian. Data-data penting yang disimpan dalam telefon pintar membuatkan kita menjadi sasaran penggodam yang mahu mengambil kesempatan.


Menerusi satu perkongsian di Facebook, Aman Shah yang terkenal dengan kisah ‘jutawan satu sen’ ada berkongsikan tip penting untuk mengelakkan diri daripada menjadi sasaran penggodam.

Aman Shah Lagi

Jelas Aman Shah, pengguna telefon pintar boleh menggunakan prosedur ‘ON OFF’ untuk mengurangkan kebarangkalian daripada digodam.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Aman Shah menasihati pengguna agar mematikan telefon pintar selama 5 hingga ke 10 minit pada setiap hari. Tempoh yang disarankan ketika mematikan telefon juga adalah dalam durasi 5 hingga ke 10 minit.

Prosedur ‘ON OFF’ ini turut pernah disarankan oleh Ahli Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat, Senator Angus King dalam satu kenyataan. Pakar sekuriti beliau menasihati prosedur ini boleh menyukarkan cubaan penggodam untuk mencuri data-data penting.

1000X 1

Untuk rekod, pakar sekuriti tersebut ialah Neil Ziring, seorang Pengarah Teknikal di Cyber Security Direktorat National Security Agency (NSA).

Jika anda khuatir dengan keselamatan data peribadi dalam telefon bimbit, mungkin anda boleh mengamalkan prosedur ‘ON OFF’ seperti yang disarankan oleh Aman Shah.

Kredit: Aman Shah

BACA: Dia pencuri 1 sen legend ni’ – Penulis Dedahkan Kisah Realiti Sebenar Tentang Kes Aman Shah & Wajah Terbarunya

Capture 1

Sumber: Utusan
Sumber: Senator King

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.