Nama pelakon Fattah Amin sekarang semakin selalu disebut-sebut selepas perceraiannya dengan pelakon terkenal, Fazura.
Bukan itu sahaja, banyak juga jenama tempatan memanggilnya untuk menjadi wajah branding mereka.
Artikel berkaitan: Tolak Komisen, Fattah Amin Mohon Pak Mat Western Infak Kepada Golongan Memerlukan
Artikel berkaitan: “Tak boleh joget-joget” – Ramai Puji Cara Fattah Amin Letak Syarat Kalau Nak Jadi Duta
Selain jenama makanan sejuk beku Pak Mat Western, satu lagi jenama menggunakan Fattah Amin sebagai duta produk mereka iaitu Emas Syamsul, di mana kedai barangan kemas itu membuat goldbar kolaborasi dengan pelakon itu.
Terbaru, Emas Syamsul itu dikatakan telah memberikan pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu sebuah kereta mewah Lamborghini.
@allfendstudio Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs
Dalam video yang tular di TikTok itu, dapat dilihat Fattah bersalaman dengan pemilik kedai emas itu serta diberikan sesuatu seperti kunci kereta sebelum dia keluar kedai dan memandu kereta mewah berwarna ungu itu.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada kereta Lamborghini itu merupakan hadiah yang diterima oleh Fattah atas kerjasamanya dengan kedai emas tersebut atau ia hanyalah atas tujuan pemasaran semata-mata.
“Rezeki makin luas”
Ruangan komen video yang dikongsikan oleh @allfendstudio di TikTok itu dibanjiri dengan kata-kata pujian dari netizen yang mengatakan rezeki Fattah semakin luas, malah ada juga yang mengatakan rezekinya itu disebabkan infak RM 90K yang dilakukan sebelum ini.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah menerima sebanyak 3.7 juta tontonan serta lebih 9k komen.
Fuh, lawa kereta tu!
Sumber: TikTok