Hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM14,000 dan produk FAIZA ditawarkan sempena pelancaran Pertandingan Memasak Dalam Talian (Online Cooking Contest) oleh Syarikat Faiza Sdn.Bhd yang julung-julung kalinya diadakan sesuai dengan penerapan norma baru gaya hidup masa kini dalam mendepani Pandemik Covid-19.
Dengan tema ‘Memasak Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan’, seluruh keluarga Malaysia dijemput untuk berkongsi resepi dan momen di dalam video penyertaan Masak
Apa Pun Dengan Faiza yang difahamkan perlu berdurasi 5 minit tersebut.
Diasaskan oleh Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, seorang usahawan wanita terkemuka di Malaysia, Syarikat Faiza Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan secara rasmi telah diperbadankan dibawah Syarikat Faiza Sdn. Bhd (SFSB) dan merupakan pengedar beras utama di negara ini.
Pada awal tahun 90an, Syarikat Faiza menjadi syarikat ulung yang memperkenalkan jenama beras yang baik untuk kesihatan, khususnya untuk penghidap diabetes, darah tinggi dan obesiti iaitu Beras Herba Ponni Taj Mahal. Syarikat Faiza juga merupakan pengeluar beras basmathi Nombor 1 di Malaysia dengan jenama Moghul, Moghul Parboiled , Kohinoor, Kashmir, Maharani dan Pusa 1121 disamping semua gred beras lain untuk pilihan rakyat Malaysia.
Selain memasarkan beras berkualiti tinggi, Syarikat Faiza juga memasarkan pelbagai produk makanan yang dijamin bersih dan halal seperti ketupat segera, tepung gandum, bihun , kicap, garam dan pelbagai rempah-ratus yang mendapat sambutan amat baik di kalangan Keluarga Malaysia.
Pertandingan Masak Apa Pun Dengan Faiza
Program Pertandingan Masak Apa Pun Dengan Faiza ini merupakan usaha murni Syarikat Faiza bagi menghargai pengguna produk Faiza dan penyertaan telahpun dibuka mulai 29 November 2021 dan tarikh akhir penyertaan adalah pada 12 Disember 2021.
Sila layari Facebook, Instagram, Telegram dan YouTube Masak Apa Pun Dengan Faiza untuk keterangan lanjut pertandingan juga untuk pelbagai aktiviti dalam talian.
Jangan lupa ya, Masak Apa Pun Dengan Faiza!