in

Facebook Nak Wujudkan Fungsi ‘Hotline’ Macam Clubhouse?

Faceook2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 7 april, Facebook melancarkan satu eksperimen forumsecara atas talian yang dinamakan Hotline, ia sebagai satu inisiatif mereka untuk mengikut live audio yang kini sedang menjadi kegilaan orang ramai iaitu Clubhouse.


Aplikasi dari Facebook itu pada dasarnya adalah olahan daripada sesi Ask Me Anything dari Reddit dan Clubhouse, media sosial audio sensai yang baru sahaja dilancarkan setahun yang lalu yang semakin berkembang semenjak musim pandemik.

4094

Berbeza dengan yang Clubhouse yang hanya tumpu pada audio, aplikasi Hotline membolehkan pengguna untuk membuat pilihan secara audio, teks dan video untuk membuat sesuatu perbincangan.

“Dengan Hotline, kami berharap dapat memahami bagaimana interaktifnya sesi Q&A secara langsung agar dapat membantu orang belajar dari pakar dalam bidang seperti kemahiran profesional, sama seperti membantu pakar mengembangkan lagi perniagaan mereka,” kata seorang jurucakap Facebook.

Kata Facebook lagi, di bahagian Headline untuk sesuatu sesi, akan ada beberapa pilihan yang membolehkan pengguna untuk pakai webcam dan membolehkan pengguna untuk memdam komen di bahagian chat.

Menurut The Star, kakitangan Facebook akan memantau acara Hotline itu dan berkuasa untuk mengusir sesiapa sahaja yang melanggar peraturan dan garis panduan yang telah mereka tetapkan.

01Tipsobm6Ndru26H69Etem 5..1612293850

Jurucakap itu juga mengatakan bahawa Facebook telah menguji beberapa platform lain.

Ia termasuk plaform soal jawab yang dinamakan Venue dan aplikasi muzik kolaboratif yang dikenali sebagai Collab and Bars yang lebih mirip dengan TikTok.

Bagaimanapun ujian pada aplikasi panggilan audio yang disebut CatchUp berakhir tahun lalu.

 

Baca : Viral Murtadkan Wanita Islam Di Facebook, Mahkamah Syariah Tak Dapat Buat Apa-Apa Sebab…

Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.