in

“Entah siapa yang salah” – Kereta Polis Kena Sondol Dengan Myvi Masa Nak U-turn Dari ‘Lane’ Kiri

Ft Polis U Turn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video kini sedang tular di media sosial memperlihatkan kereta polis terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan kereta Myvi yang sinonim dengan gelaran King of The Road.

Video tersebut teklah meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets dalam masa 8 jam ia dimuat naik dan mengundang pelbagai reaksi netizen berkenaan dengan siapa yang salah dalam hal ini.


 

Entah siapa yang salah

Dalam video tersebut, pada mulanya kelihatan kereta Myvi remuk di bahagian hadapan sementara kereta polis remuk di bahagian penumpang belah kanan akibat pelanggaran tersebut.

Seterusnya terlihat rakaman dari dashcam pengguna jalan tersebut yang memperlihatkan kereta polis dari lane belah kiri sekali ingin membuat pusingan U, kereta polis itu terus jalan sebelum dirempuh oleh kereta Myvi yang berada di garisan paling kanan.

Biarpun waktu kejadian masih belum dikenal pasti, ada netizen mendakwa kejadian ini berlaku di Taman Medan, Petaling Jaya. Malah berdasarkan pemerhatian netizen ada yang mengatakan bahawa kereta polis ini salah kerana berada pada lane kiri dan U-turn itu tidak boleh dilakukan kerata ada double line.

Ada juga yang menyifatkan bahawa Myvi tersebut berdepan dengan satu bahaya kerana terlanggar kereta pihak berkuasa.

Screenshot 2023 03 03 164213 Screenshot 2023 03 03 164304 Screenshot 2023 03 03 164343 Screenshot 2023 03 03 164419

Hurm, korang rasa siapa yang bersalah dalam hal ni?

Baca : Lebih 100 Polis Dikerah Cari Anggota Badan Abby Choi Di Tapak Pelupusan Sampah

Abby Choi 100 Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.