Mungkin ada antara kita yang sudah tidak tahu nak buat apa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Admin pun dah sakit mata asyik tengok handphone je.
Namun, kali ini Kasih Iris Leona iaitu anak pelakon dan arkitek, Azhar Sulaiman sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila gadis yang berumur 18 tahun itu kongsikan aktiviti yang dilakukannya sepanjang tempoh ini di Instagram.
https://www.instagram.com/p/B-USJ34A3vl/
Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah betapa besar dan bestnya rumah keluarga ini. Dah macam country club dah admin tengok!
Dalam video tersebut, dapat dilihat dia bermain badminton dan berenang untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP. Tapi tak pelik pun kalau rumah dorang best macam ni sebab Azhar Sulaiman kan arkitek.
Namun, ada juga netizen yang mengatakan bahawa rumah dalam video tersebut merupakan rumah milik datuk Kasih.
Difahamkan, datuknya, Datuk Pahamin Rajab yang merupakan bekas Pengerusi AirAsia Berhad sememangnya membina rumah untuk anak-anak dan cucunya dalam satu kawasan yang sama di Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
Rata-rata netizen kagum dengan rumah milik pelakon Keluarga Iskandar ini.
Bila lah kita dapat merasa duduk rumah macam ni kan. Takpelah, yang penting bersyukur dengan rezeki masing-masing.