in

England Umum Individu Positif Covid-19 Dah Tak Wajib Kuarantin Di Rumah Bermula Khamis

Collage 31 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun jumlah kes Omicron masih tinggi di England, Perdana Menteri negara tersebut Boris Johnson mengumumkan bahawa semua sekatan akan ditamatkan bermula Khamis (24 Februari) ini.

Boris Johnson memberitahu perancanganya untuk “hidup dengan Covid” kepada ahli-ahli parlimen dengan mengumumkan kuarantin bagi individu positif Covid-19 kini dah tak wajib dan tak diperlukan di bawah undang-undang, lapor BBC.


Md Englandcovid 22022022

Manakala bermula 1 April pula, ujian saringan percuma akan dihentikan dan hanya akan diberikan kepada individu yang lebih terdedah kepada Covid-19.

Perdana Menteri ini berkata, walaupun mereka masih belum boleh umumkan kemenangan dalam menentang Covid, negara itu telah melihat penurunan dalam kes positif harian dan kemasukan ke hospital.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Perubatan England Prof Sir Chris Whitty berkata, sepatutnya sekatan dilakukan secara beransur-ansur dan bukan mendadak seperti ini. Tambahan lagi jumlah orang yang dijangkiti varian Omicron masih sangat tinggi.

Manakala pakar-pakar dunia turut memberikan reaksi negatif terhadap perancangan terbaharu England ini dengan Perancis mengatakan ianya terlalu cepat dan Sepanyol merasakan cara ini bahaya untuk kanak-kanak yang masih belum menerima vaksin, lapor Guardian.

Untuk pengetahuan korang, dekat bawah ini adalah beberapa sekatan yang ditamatkan bermula Khamis ini dan 1 April ini.

4728

Bermula 24 Februari:

  • Individu positif Covid tak tertakluk dalam undang-undang untuk mengasingkan diri atau kuarantin.
  • Tapi mereka tetap dinasihatkan untuk duduk di rumah dan asingkan diri dari orang sekurang-kurangnya lima hari.
  • Rutin pengesanan kontak rapat akan ditamatkan, jadi bagi individu kontak rapat yang lengkap vaksinasi dan individu bawah 18 tahun tak diperlukan untuk membuat ujian saringan setiap hari selama tujuh hari
  • Bantuan £500 untuk individu berpendapatan rendah ketika tempoh kuarantin kerana positif tidak akan diberikan lagi.
  • Peruntukan cuti sakit untuk Covid akan diteruskan untuk sebulan lagi

Bermula 1 April

  • Ujian saringan besar-besaran secara percuma kepada individu yang mempunyai simptom atau pun tidak mempunyai simptom akan ditamatkan, dan hanya akan fokus kepada individu yang lebih terdedah.
  • Individu yang mempunyai simptom Covid-19 dinasihatkan untuk mempunyai tanggungjawab sendiri bagi membuat keputusan untuk duduk di rumah atau tidak – sehingga mereka diberitahu untuk berbuat demikian
  • Panduan kerajaan semasa mengenai pasport Covid akan berakhir dan penggunaan pas Covid NHS tidak disarankan lagi.

Ini maknanya, kalau individu yang positif lepas ni, dorang kena guna cuti sendirilah kalau nak kuarantin. Parah jugak…

 

Baca: Pakar Saran Buat Ujian Kendiri Covid-19 Tiga Hari Berturut-turut Untuk Kesan Omicron

Ujian Kendiri Covid 758X399 1

Sumber: Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.