in

Empat Pelajar Perempuan Sumbat Botol ‘Deodorant’ Dalam Kemaluan Pelajar Lain

Pelajar

Tidak dinafikan bukan mudah untuk seseorang itu benar-benar insaf akan segala kesalahan yang mereka lakukan. Namun apa yang dilakukan empat pelajar sekolah pemulihan akhlak ini adalah sesuatu di luar jangkaan.

Deodoran 1
sumber: suara tv

Remaja dari Sekolah Tunas Bakti di Sungai Lereh, Melaka ini mengaku tidak bersalah dalam memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan pelajar lain.

201352905016951
gambar hiasan sumber: cosmetic packaging

Keempat-empat mereka yang berusia di antara 18 ke 19 tahun telah didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan objek tersebut ke dalam kemaluan seorang pelajar yang berusia 16 tahun. Mereka didakwa melakukan aktiviti terkutuk itu di bilik Melor STB Sungai Lereh pada pukul 5 petang, 9 April lalu.

Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh Melaka
sumber: malay mail

Menurut Sinar Harian, pertuduhan terhadap mereka dibuat di bawah Seksyen 377CA dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan sebat. Aduh, teruk tu!

Pada awalnya, keempat-empat tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin atas alasan bimbang mereka akan melarikan diri kerana tempoh pemulihan akhlak remaja-remaja ini bakal berakhir tidak lama lagi. Namun, pihak peguam memohon agar kesemua yang tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan mereka berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya lagi, jikalau mereka tidak mampu membayar, remaja-remaja ini akan dihantar ke Penjara Sungai Udang yang mana ia tidak sesuai kerana mereka masih lagi muda.

Walaupun begitu, selepas mendengar rayuan, hakim Mahkamah Sesyen membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dan mereka perlu berada di sekolah tersebut sehingga kes selesai.

Kalau nak buat sesuatu tu, fikir dulu ye adik-adik. Jangan sia-siakan masa muda!