in

“Elok lah tangkap duk dalam lokap” – Main Bola Sepak Waktu PKP, 7 Individu Ditahan Polis

Combine Bola 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April berikutan kes wabak Covid-19 masih lagi meningkat di negara. Walaupun proses PKP ini dilanjutkan namun masih ada segelintir individu yang tak kisah soal itu seolah-olah tiada apa-apa berlaku dalam negara.

Mereka membuat rutin harian seperti biasa sedangkan arahan PKP jelas memaklumkan bahawa rakyat Malaysia perlu duduk kat rumah dan keluar hanya untuk urusan penting sahaja.


Lain pula yang berlaku di Pulau Pinang dimana 7 individu ditahan oleh pihak polis pada hari Khamis lalu sebab melanggar arahan PKP dengan melakukan aktiviti di luar rumah.

6 daripada individu tersebut dipercayai sedang bermain bola manakala 1 daripadanya sedang berjoging di sebuah padang di Pulau Tikus kira-kira jam 6.30 petang, lapor Awani.

Bola

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong, mereka yang berusia 23 hingga 56 tahun itu ditahan oleh pihak polis yang ketika itu sedang menjalankan Ops COVID-19 di sekitar kawasan berkenaan.

Kesemua individu tersebut dibawa ke Balai Polis Pulau Tikus untuk siasatan lanjut kerana telah melanggar arahan PKP.

Dah cakap, stay at home. Kan dah kena tangkap dengan polis. 

Baca : “Tiga juta rakyat Malaysia MASIH INGKAR Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Panglima Angkatan Tentera M’sia

Tentera

 

 

 

 

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.