Walaupun Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sudah lama bercerai dan segala masalah sudah diselesaikan, nampaknya masih ada pihak lain yang ‘berbunyi’. Perkara itu didedahkan oleh Puteri Sarah menerusi instastory miliknya sendiri.
Dilihat seorang wanita memberikan kenyataan buruk berkenaan pelakon tersebut dan bekas suaminya itu. Menurut Murai, wanita tersebut merupakan bekas menantu pelakon Kazar.
“Pagi-pagi bangun ramai netizen yang kongsi dengan saya. Sejenis manusia bila dah elok semua diselesaikan, dah tarik saman masih nak menyalak.”
“Saya sudah selesai dengan Syamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau?”
“Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa.”
Jelasnya Puteri Sarah lagi, kali ini dia tidak akan berdiam diri dan akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut. Dia juga pada masa yang sama akan laporkan perkara ini kepada pihak majikan wanita itu
Sekadar info, pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur setelah sekian lama berdepan dengan detik sukar.
Malah, Puteri Sarah sebelum ini ada memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.
Baca : “Warga FB ni aneh2” – Puteri Sarah Nafi Beri Bunga & Kek Kepada Syamsul Yusof Sebagai Tanda Maaf