Seorang pelajar universiti telah didenda sebanyak RM4,000 akibat memuat naik status di Facebook yang menghina Nabi Muhammad pada 5 September 2019, lapor Berita Harian. Ha, tu la siapa suruh buat benda tak elok.
Pelajar yang berusia 28 tahun itu, Ain Zafira Md Said telah dijatuhkan hukuman tersebut oleh Hakim Makhamah Sesyen Kuala Lumpur.
Dia telah didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut akta sama yang menyebabkannya untuk mendapat hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Makhamah diminta untuk menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kepada pelajar tersebut agar netizen yang lain juga akan menjadi lebih berhati-hati untuk meninggalkan komen di media sosial.
Wanita itu telah mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan dia telah pun membayar jumlah denda yang perlu dibayar tersebut.
Rata-rata netizen telah mengecam perbuatan terkutuk pelajar ini.
Netizen lain pula berpendapat pelajar tersebut sepatutnya dipenjara kerana bagi mereka, denda sahaja tidak setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Itulah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Selain itu, ada juga yang mengatakan pelajar ini masih tidak insaf sebab status terkini yang dimuat naik di Facebooknya masih ada lagi yang berbaur penghinaan. Namun, dia dipercayai telah menukar username Facebook miliknya. Betul ke ni?
Satu je la admin nak pesan, kerana mulut, badan binasa.
Baca: “Kurang ajar jahan*m” – Pergi Masjid, Solat Jemaah Tapi Dalam Diam Cipta Game Hina Nabi Muhammad