in

“Elehh kau dah kantoi” – [VIDEO] Lelaki ‘Tiba-Tiba’ Solat Lepas Kantoi Dengan Isteri Dekat Rumah Perempuan Simpanan

Fi Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman sekarang ni, ada pasangan yang cantik paras rupa pun tak menjanjikan sesebuah hubungan itu akan kekal jika nafsu menguasai diri sendiri.


Seakan kisah ini apabila seorang wanita, berjaya kantoikan perbuatan suaminya yang dah lama tersimpan.

 

Kantoi dengan isteri.. Tiba-tiba terus solat

Baru-baru ini viral kisah di Indonesia apabila seorang wanita menerjah suaminya di rumah perempuan simpanannya.

Setelah masuk ke rumah itu, dia terus bertepuk tangan kerana menyifatkan suaminya ni pandai berlakon sebab tiba-tiba ‘menunaikan solat’ ketika itu.

Wanita lain itu pula berkata bahawa lelaki itu sedang solat berulang kali serta meninggikan suaranya kepada si isteri dengan berkata supaya jangan berkasar. Walaupun berulang kali ditanya oleh sang isteri, dia tetap berikan jawapan yang sama kerana berasa takut sebab tembelang mereka sudah terbongkar

Sebuah video berkenaan situasi itu telah dimuatnaik oleh Tribun Timur di Youtube dua hari lalu dan telah meraih hampir 2 jutan tontonan sehingga kini

Dah 3 tahun jalin hubungan terlarang

Difahamkan juga, lelaki tersebut telah menjalinkan hubungan terlarang bersama wanita yang juga rakan pejabatnya selama 3 tahun. Perkara itu juga disahkan oleh isterinya sendiri.

“Saiful Gani yang selama 3 tahun ini selingkuh dengan wanita penggoda NZ sesama rekan kerjanya,” katanya.

Dah ada isteri pun buat lagi macam ni, duniaa duniaaa.

Sumber : Tribun-Timur, Youtube

 

Baca : Lelaki Curang dan Pernah Terlanjur Dengan Adik Ipar Ketika Isteri Sedang Berpantang

Foot Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.