in

Elak Ditahan Polis Semasa Ops Tahun Baru, Samseng Motor Rempuh Meja Kedai Makan

polis 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya apabila tiba tahun baru, pihak polis akan melakukan sekatan jalan raya di kawasan tertentu yang mana ramai penunggang motosikal akan menunjuk lagak masing-masing bagi di sekitar jalan raya yang luas dan kurang kenderaan.

Hal yang sama terjadi baru-baru ini apabila seorang penunggang motosikal telah merempuh meja kedai makan di Port Klang untuk mengelak daripada ditahan oleh pihak polis.


Bawa laju, rempuh meja kedai makan

Dalam video tersebut, sebuah motosikal dibawa laju lalu merempuh beberapa meja yang berada di hadapan sebuah restoran yang terletak di Klang. Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa orang pelanggan yang berada di meja tersebut.

Artikel berkaitan: Gara-gara Bagi Signal ‘Last Minute’, Driver Kereta & Penunggang Motor Bertekak Tepi Jalan

Artikel berkaitan: Budak 10 & 11 Tahun Ditahan Polis, Bawa Motor Sejauh 400KM Sebab Nak Jumpa Kawan

Sebelum dia masuk ke kawasan itu, seorang pegawai polis telah menendangnya namun dia berjaya meloloskan diri. Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi laporan khas mengenai kejadian yang berlaku di kedai makan itu.

Gaduh sebelum lumba haram

Menurut Buletin TV3, beberapa penunggang motosikal dilihat bergaduh di persimpangan lampu isyarat, lumba haram, melawan arus trafik serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Tidak lama kemudian, mereka dikepung oleh pasukan polis dan tidak dapat meloloskan diri. Dalam hantaran Facebook Polis Klang Selatan, seramai tiga orang suspek yang memandu secara melulu dan berbahaya telah pun diberkas.

Selain itu, sebanyak 303 saman dikeluarkan dan 86 buah motosikal telah disita dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2024.

Sumber: X, Buletin TV3, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.