Beberapa hari lepas, Ustaz Kazim Elias telah kongsikan tangkap layar menunjukkan beberapa netizen telah mempertikaikan gelaran “Al Hafiz” yang diperolehinya.
Menerusi Facebook peribadinya, Ustaz Kazim meluahkan rasa kesal dengan individu yang sanggup mengecamnya walaupun di antara mereka tak ada yang kenal secara peribadi.
Rasanya x pernah sy kacau depa, x kenai pun.. tapi sedap sungguh mengata.
Alhamdulillah…..”
https://www.facebook.com/ustazmohdkazim/posts/3582528428462803
Ekoran dari ini, ramai netizen yang memberikan komen mereka di posting tersebut untuk memberikan kata-kata semangat kepada Ustaz Kazim.
Bukan hanya di Facebook, malah peminat-peminat K-pop turut turun padang untuk tunjukkan sokongan mereka terhadap Ustaz Kazim sehingga tanda pagar #protectustazkazimelias trending di Twitter.
Sampaikan dorang minta lupakan serangan selama berhari-hari terhadap Janna Nick untuk fokus back up Ustaz Kazim. Gempak jugak dorang ni!
Kenapalah nak sebarkan kebencian macam ni, kalau tak suka kan lebih baik diam