Jika Allah mengkehendaki kita untuk berubah, siapa kita untuk menidakkan hidayah allah.
Tak semestinya yang jahat akan kekal jahat, dan yang baik selamanya baik.
Perkongsian di facebook Majlis Ilmu mengenai penghijrahan dan perubahan seorang lelaki berbangsa Tionghua kepada muslim, nyata menyentuh hati ramai netizen.
Ini kisah Haji Muhammad Wong Abdullah

Malah dia sempat berkongsi gambar lama dan terbaharunya selepas bergelar muslim dan selesai menunaikan haji di tanah suci.


Rata-rata netizen mengucapkan syukur dan tahniah kepada Haji Muhammad Wong Abdullah diatas perubahan yang dilakukannya.
Benarlah hidayah itu milik Allah swt.


Bagaimanapun dipercayai posting ini sudah di padam di laman facebook Majlis Ilmu, wallahualam.