Suntikan botoks boleh membantu merawat beberapa kecederaan otot manakala untuk penggunaan kosmetik, ia membantu merawat serta menghilangkan kedutan dan lipatan muka.
Pelakon terkenal Fathia Latiff, baru-baru ini berkongsi dia melakukan suntikan botoks untuk nampak lebih muda.
Artikel berkaitan: “Maaf menyusahkan..” – Fathia Latiff Mengaku Hidap Skizofrenia, Minta Maaf Pada Ibu
Artikel berkaitan: “Ingatkan orang lain” – Netizen Terkejut Lihat Penampilan Terbaru Fathia Latiff
“Dulu muka saya cengkung saya rasa tak cantik. Sebab tu saya suntik agar lebih cantik, saya tak faham kenapa ramai yang nak cakap wajah saya yang dulu lebih cantik.
Padahal saya rasa saya nampak cengkung dan tak cantik. Lagipun umur saya semakin meningkat. Saya mahu kekal nampak muda dan berseri,” katanya.
View this post on Instagram
Pelakon drama fenomena Ariana Rose itu berkongsi penggunaan botoks untuk kelihatan lebih cantik dan tidak dimamah usia bukanlah sesuatu yang baru pada zaman ini.
“Saya rasa kita kena ikut peredaran zaman. Dulu mungkin orang malu nak mengaku. Tapi sekarang ramai yang buat. Perkara ini dah menjadi normal.
Kalau rawatan suntikan boleh mencantikkan lagi wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya tiada masalah.
Yang penting lepas kita buat, kita rasa lebih yakin dan gembira untuk keluar rumah. Tak perlu nak bersolek sangat,” katanya lagi.
Fathia mendedahkan dia melakukan suntikan filler dan botoks pada bahagian pipi, bibir, hidung dan matanya.
Sumber: Kosmo!