in

“Duit tak dapat sakit yang dapat”- Lelaki Ini Sanggup Putuskan Tangan Sendiri Sebab Nak Dapatkan Pampasan Insurans RM 32 Juta

4 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi menuntut pampasan insurans sebanyak enam juta pound sterling (RM32 juta), seorang lelaki berumur 45 tahun dari Dortmund  sanggup kehilangan tangan kirinya sendiri. Namun, tindakannya itu mengundang padah apabila dia dipenjara selama dua tahun kerana melakukan penipuan.

Dipercayai kejadian berlaku di Jerman beberapa tahun lalu dan lelaki itu mendakwa tangan kirinya itu putus selepas terjatuh ke landasan kereta api namun selepas disiasat, rupa-rupanya dia sengaja meletakkan tangannya di atas landasan kereta api supaya anggota badannya itu putus, lapor Harian Metro.


I

Menurut keterangan mahkamah, lelaki terbabit menaiki skuter anak perempuannya sebelum ‘curi-curi’ masuk ke stesen kereta api Nordbogge pada waktu malam.

Waktu kejadian, lelaki itu terus berbaring dan meletakkan tangan kirinya di landasan seolah-olah dia terjatuh sebelum kereta api bersedia untuk bergerak.

I2 2

Pada jam 3.23 pagi, kereta api berkenaan bergerak dan langsung menggilis tangan lelaki berkenaan yang menyebabkan tangannya putus.

Wehh sanggupnya lahh nak bagi tangan putus macam tu je 

Lelaki berkenaan terus dikejarkan ke hospital namun doktor gagal untuk menyambung semula tangannya yang putus itu.

I3 1

Pendakwa raya mengatakan sebelum kemalangan lelaki berkenaan ada mengambil enam insurans kemalangan yang bernilai lebih kurang enam juta pound sterling ( RM32 juta). Namun, syarikat insurans dan pihak berkuasa meragui dakwaan serta kemalangan yang berlaku kepada lelaki itu.

Akhirnya, mahkamah mendapati lelaki berkenaan melakukan penipuan terhadap syarikat insurans yang terlibat dan dia dipenjara atas perbuatannya tu sendiri.

Baca : “Nasib baik tak putus weh…” – Tangan Pekerja Zoo Kena Baham Dengan Singa Waktu Campak Makanan Dalam Sangkar

Tangan

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.