Seorang TikToker yang mesra dengan panggilan Akak Naga kini tular di media sosial kerana cara jualan dan barang yang dijualnya telah menarik perhatian netizen sampaikan ada yang jadikan mainan yang dijualnya sebagai collector’s item.
Cara jualan yang dianggap santai dan ceria itu telah membuatkan dia menjadi buah mulut ramai, namun tidak ramai tahu rupa-rupanya tersirat kisah sedih yang menimpa dirinya sepanjang melakukan jualannya itu.
Artikel berkaitan : “Perit tengok kakak” – Keadaan Adik Ainul Mardhiah Makin Teruk, Bapa Minta Titipkan Doa
Artikel berkaitan : “Ayah lah cinta pertama saya”- Rakaman Pilu Seorang Anak Sewaktu Terima Berita Kematian Bapa Buat Netizen Sebak
Duit tak ada, pernah kena tipu
Dalam satu perkongsian video, Akak Naga tidak dapat menahan sebak saat orang ramai tidak putus-putus memberikan gift kepadanya kerana terlalu bersyukur dengan rezeki yang terimanya.
Pada masa yang sama, Akak Naga atau nama sebenarnya Nurfaezah Khalid, 34 menceritakan bahawa dia dihimpit dengan masalah kewangan kerana pernah ditipu oleh kontraktor rumah.
“Sebenarnya akak tunggu rumah, akak kena tipu, 5 tahun akak kena tunggu. Akak bayar sewa semua banyak lagi yang kena bayar. Tapi bila rumah akak ni siap, dah lama akak tunggu dapat rumah ni.”
“Akak cakap dengan laki akak, ‘rumah siap tapi duit tak ada’. Dalam masa yang sama, tiba-tiba saya viral. Akak cakap dengan ibu akak, ‘ibu perasan tak tiba-tiba rezeki itu datang.’ Tak tahulah nak cakap apa, terima kasih semua. Semoga dimurahkan rezeki.”
@noraziemah89 Kisah sedih akak naga ditipu @kakak naga #akaknaga
Menjengah ruangan komen, ramai netizen turut sebak apabila mendengar luahan Akak Naga ini, mereka juga mendoakan Akak Naga agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Kami juga doakan supaya bisnes Akak Naga terus maju.
Sumber : TikTok